»

Tuesday 25 September 2012

Birthday Dehya

24 September 2012 : Sambutan Hari Lahir

Genaplah usia Dehya Alqalbi 5 tahun. Moga menjadi anak yang soleh. Terima kasih Ustaz Sanusi, pengerusi Pewaris dan isteri kerana menaja juadah untuk anak-anak prasekolah.


Sunday 23 September 2012

Kenali Sekolah Kami




FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.


MISI PRASEKOLAH
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sepenuhnya bagi merealisasikan semua murid prasekolah boleh membaca dengan lancar.


VISI PRASEKOLAH
Semua murid prasekolah boleh membaca, menulis, menaakul dan mengira.



MISI PRASEKOLAH PERMATA
1. Melahirkan murid-murid yang mempunyai sifat peribadi, perwatakan, dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara patriotik.
2. Menyediakan tapak yang kukuh untuk murid-murid ini melangkah ke Tahun 1 dengan penuh semangat dan yakin diri.
3. Dapat mengenal huruf seterusnya dapat menguasai kemahiran 3M sebelum melangkah ke Tahun 1.
4. Dapat mengenal huruf Al-Quran, Iqra’,membaca surah-surah lazim seterusnya cara-cara mengambil wuduk dan sembahyang.



VISI PRASEKOLAH PERMATA
1. Dapat mengenal huruf dan membaca petikan mudah.
2. Dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan betul.
3. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian iaitu sebagai bahasa kedua.
4. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
5. Melahirkan pelajar yang kreatif, yakin dan penuh kematangan.
6. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kognitif dan kemahiran berfikir.

OBJEKTIF
Pendidikan Prasekolah bertujuan:

1. Murid-murid mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara patriotik
2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi
3. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik
4. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial
5. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya